Challenger 2
Challenger 2

Challenger 2

FV4034 Challenger 2 adalah kereta kebal utama (MBT) yang sedang berkhidmat dengan angkatan tentera darat British dan Oman. Ia telah dibina oleh firma British iaitu Vickers Defence Systems (sekarang sebahagian daripada BAE Systems Land and Armaments). Pengeluarnya telah mengwar-warkan Challenger 2 sebagai kereta kebal utama yang paling dipercayai di dunia[2] walau bagaimanapun operasi ketenteraan di padang pasir mendedahkan masalah-masalah ketara yang perlu diberi perhatian.[3] Sehingga bulan Januari 2008, 2 buah kereta kebal Challenger 2 telah mengalami kerosakan dan sebuah telah dimusnahkan (ditembak oleh kereta kebal Challenger II yang lain) semasa pertempuran.Challenger 2 adalah hasil daripada reka bentuk semula secara ekstensif kereta kebal Challenger 1. Keseluruhan kereta kebal Challenger II adalah baru kecuali rekaan asas badan dan bahagian automotif yang diambil dari Challenger I. Kurang dari 5% komponennya boleh ditukar ganti dengan kerete kebal Challenger I.Challenger 2 pada masa sekarang telah mengantikan Challenger 1 dalam perkhidmatan dengan Tentera Darat Diraja British dan juga telah digunakan oleh Tentera Darat Diraja Oman. British telah membuat pesanan sejumlah 127 buah kereta kebal Challenger 2 dalam tahun 1991 dan tambahan 259 buah pada tahun 1994. Oman pula memesan sebanyak 18 buah pada tahun 1993 dan tambahan 20 buah lagi pada bulan November 1997. Challenger 2 telah memasuki perkhidmatan dengan Tentera Darat Diraja British Army pada tahun 1998, dengan unit terakhir telah dihantar pada tahun 2002. Ia dijangka akan berkhidmat sehingga tahun 2035. Penghantaran untuk negara Oman telah disempurnakan pada tahun 2001. Challenger 2 telah digunakan dalam perkhidmatan operasi di Bosnia, Kosovo dan Iraq sejak tahun (2003–sekarang).

Challenger 2

Tempat asal  United Kingdom
Dihasilkan 1993 - 2002
Tinggi 2.5 m
Senjatakedua Meriam berantai sepaksi 7.62 mm L94A1 EX-34,
Mesingan kupola komander 7.62 mm L37A2
Dalam perkhidmatan 1998 - sekarang
Lebar 3.5 m (4.2 m termasuk plat armor)
Kelajuan 59 km/j (37 bsj)
Senjatapertama Meriam berpilin 120 mm L30A1
dengan 52 butir peluru
Sistem ampaian hydropneumatic
Kuasa/berat 19.2 hp/tan
Berat 62.5 tan
Panjang 8.3 m (11.50 m termasuk meriam)
Perang Perang Iraq
Armor Chobham/Dorchester Tahap 2 (rahsia)
Enjin Enjin diesel Perkins CV-12
1,200 hp (895 kW)
Jumlah dibina 424 buah
Krew 4 (komander, penembak, pengisi peluru, pemandu
Digunakan oleh Tentera Darat Diraja British
Tentera Darat Diraja Oman
Kos unit AS$7.9 juta (£4 juta)[1]
Jarakoperasi 450 km (279 batu)
Pengeluar Alvis Vickers
Jenis Kereta kebal utama